Khamis, 25 November 2010

b'saNGka baek..=)

Tambah kapsyen
“Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan
 (berbaik sangka).

Iktibar dari kisah Ayahanda

Saya teringat kisah nabi kita yang pertama.seorang bapa kepada sekalian manusia.Satu-satunya hamba bergelar manusia yang dicipta oleh oleh ALLAH melalui kun fayakun(terjadi dengan sendiri mengikut kehendak ALLAH).Insan pertama yang telah merasakan nikmatnya syurga ALLAH.

Tatkala nabi Adam diciptakan ALLAH menyuruh semua malaikat sujud kepadanya.Maka sujudlah sekalian malaikat kepada nabi Adam kecuali syaitan kerana berasa bangga dengan dirinya."Mengapa aku harus sujud.Dia diciptakan dari tanah sementara aku dicipta dari api.aku lebih baik darinya".Jawab si iblis dengan angkuh serta bangga dengan dirinya.

Bermulalah zaman kecelakaan si iblis tatkala ALLAH murka terhadapnya.Si iblis tahu dirinya tidak akan mendapat syurga ALLAH.Bertambah lagilah dendam kasumat didalam dirinya.Iblis berikrar"akan aku sesatkan nabi Adam dan keturunannya walau dengan apa cara sekalipun".

Saat pertama kali nabi Adab diciptakan ALLAH menempatkan beliau di syurga nan indah.Satu-satunya tempat yang paling indah tiada tolak bandingnya dengan tempat lain di dunia ini.Syurga adalah tempat yang diciptakan oleh ALLAH buat hambanya yang taat terhadap setiap titah perintahnya serta meninggalkan semua larangannya.Begitu penyayang serta pemurahnya ALLAH terhadap hambanya.

Iblis memulakan perbuatan terkutuknya untuk menyesatkan nabi Adam.Si Iblis durjana tahu ALLAH telah berfirman kepada nabi Adam "makanlah apa sahaja yang kamu mahu di syurga,Akan tetapi janganlah kamu mendekati buah khuldi".Nabi Adam tunduk dan akur kepada perintah ALLAH dan tidak mendekati buah tersebut.Bertambah geramlah si iblis melihat nabi Adam berada di syurga menikmati keindahan syurga.

Iblis memulakan operasinya untuk menghasut nabi Adam.Dia berusaha sedaya upaya tanpa mengira penat lelah.Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berputus-asa.Dia tahu jika dia gagal menyesatkan nabi Adam bermakna dia telah kalah.Dia mahu buktikan yang dia mampu menyesatkan nabi Adam.Dia tahu ALLAH telah murka terhadapnya.Tapi dia tidak mahu ke neraka bersama kaumnya sahaja.Dia mahu keturunan nabi Adam turut merasa bahang kepanasan api neraka.Kalau boleh nabi Adam dan semua keturunannya mahu mereka heret ke neraka jahanam bersama mereka.Seperti apa yang telah dijanjikan mereka"akan aku sesatkan seluruh keturunan nabi Adam".

Nabi Adam mula merasa bosan hidup keseorangan di syurga.Dia meminta ALLAH menciptakan seseorang untuk menemaninya.Maka dengan kuasa ALLAH diciptalah Hawa dari tulang rusuk nabi Adam.Hawa adalah wanita pertama yang diciptakan ALLAH menjadi pendamping setia nabi Adam.Adam dan Hawa menjadi pasangan setia disyurga.Hidup bersama penuh gembira.

Setelah berkali-kali cubaan menghasut nabi Adam gagal, iblis mula menghasut Hawa.Bagi mereka Hawa hanyalah insan yang lemah serta lebih mudah termakan
pujuk rayu mereka.Hasutan dan godaan terus dilakukan oleh iblis.Hawa terpengaruh dengan godaan syaitan serta seterusnya mempengaruhi nabi Adam untuk makan buah terlarang.Maka akhirnya mereka berdua diperdaya hasutan syaitan.Buah terlarang dimakan dan larangan ALLAH tidak dipatuhi mereka.

Maka murkalah ALLAH dan mereka berdua diturunkan di bumi.Satu penyesalan yang lahir dihati mereka.Namun malangnya nasi sudah menjadi bubur.Kejadian yang telah berlalu tidak dapat diubah.Yang mampu mereka lakukan ialah sentiasa bertaubat kepada ALLAH.Bertaubat untuk mengharap keredhaan ALLAH serta meletakkan tekad untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.Dia sedar kesalahan yang dilakukan agak besar.Satu peristiwa yang menjadi sejarah hitam dalam kehidupannya.


Dari kisah diatas apa yang dapat kita lihat nabi Adam telah melakukan kesilapan terbesar di syurga.Namun kita harus sedar dari perkara tersebut terdapat pro dan kontranya yang tersendiri.Apa yang lebih penting dari kisah tersebut menunjukkan kepada kita didunia ini nobody perfect.Setiap orang ada melakukan kesilapan hatta para nabi yang dijanjikan syurga oleh ALLAH juga turut melakukan kesilapan dan kesalahan.Tidak berdosa jika kita melakukan kesilapan tetapi kita sangat berdosa jika tidak mengambil iktibar dari kesilapan tersebut.

Kebanyakan orang yang berjaya didunia ini tidak mengecapi satu kejayaan dengan mudah.Kebanyakan mereka pernah melakukan kesilapan dan melalui kesilapan itulah mereka belajar untuk memperbaiki setiap kelemahan.Mereka menganggap kesilapan itu adalah guru mereka yang akan menjadi pembimbing mereka kearah kejayaan.

Jika anda seorang pelajar yang pernah mengalami kegagalan didalam peperiksaan, jadikan kegagalan sebagai titik tolak dalam mencari kegagalan.Anda perlu tahu apakah punca kegagalan anda.Adakah kerana kurang usaha ataupun adakah teknik belajar anda salah.Anda perlu tahu untuk belajar dalam pelajaran usaha yang gigih serta teknik yang smart adalah perlu.If you want to be the best, you must work HARD and SMART.

Akhir kata belajarlah dari kesilapan semoga ia akan memandu kita kearah kejayaan dunia akhirat.....


Dipetik dari

http://bromuslim.blogspot.com/2010/02/belajar-dari-kesilapan.html

Rabu, 24 November 2010

kEsilaPan meLaLUi beLAjar...?

BELAJAR melalui kesilapan bukan bermakna anda perlu melakukan kesilapan ketika belajar. Ungkapan tersebut bermaksud setiap kesilapan yang dilakukan mampu memberi pengajaran, menginsafi ketelanjuran, menyedari kelemahan diri dan memberi ruang untuk membuat penambahbaikan.
Memberi pengajaran
Seseorang itu boleh belajar bukan sahaja daripada guru atau sumber lain tetapi daripada setiap kesilapannya. Sebagai contoh jika seorang murid melakukan kesilapan dalam latihan matematik, kesilapan tersebut dengan secara tidak langsung memberi pengajaran atau maklumat tentang jawapan atau kaedah yang sebenarnya yang harus dilakukan. Dengan cara ini dia sudahpun memperolehi pengetahuan baru.
Menginsafi ketelanjuran
Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna ia boleh dijadikan alasan setiap kali kita melakukan kesilapan.
Setiap hukuman yang diterima akibat ketelanjuran yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, seperti melanggari peraturan atau garis panduan disiplin sekolah harus diinsafi, dijadikan iktibar serta bertekad untuk meninggalkannya.
Dalam hal ini keinsafan yang kita alami ini merupakan proses belajar yang mampu memberi bimbinga ke arah jalan yang benar.
• Menyedari kelemahan
Kekuatan dan kelemahan sentiasa berada di diri kita. Seseorang yang kuat dari segi fizikal mungkin lemah dari segi mental atau kerohaniannya. Begitulah juga sebaliknya.
Oleh itu kesilapan yang dilakukan itu memberi isyarat kepada kita bahawa di samping kekuatan yang kita peroleh terdapat lagi banyak kelemahan yang perlu diatasi.
Dengan cara ini manusia belajar supaya dapat mengelakkan diri daripada sifat angkuh, riak atau sombong terhadap apa yang dimiliki.
Hal ini bukan bermakna kita tidak boleh bangga dengan kekuatan yang ada pada diri kita. Kebanggaan mampu meningkatkan aras harga diri yang sekali gus menjadi faktor penggerak atau motivasi ke arah kejayaan.
Walau bagaimanpun kebanggaan ini seharusnya digandingi dengan kesyukuran. Kesyukuran mampu mengelakkan diri kita menjadi riak atau sombong. Kesyukuran mendekati diri kita kepada Allah dan menghargai setiap pemberianNya kepada kita serta mampu memupuk rasa bertimbang rasa kepada yang tiada. Inilah satu pengajaran yang amat besar pada diri kita.
• Membuat penambahbaikan
Hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ungkapan ini menunjukkan setiap hari kita perlu melakukan perubahan diri untuk menjadi cemerlang. Setiap kelemahan bukan berakhir dengan kekecewaan tetapi perlu membuat penambahbaikan untuk mencapai kejayaan.
Justeru, murid-murid tidak seharunya takut atau malu jika berlaku kesilapan ketika belajar. Anda harus mengkaji setiap kesilapan yang dilakukan dan seterusnya mengambil tindakan yang bijak untuk mengatasinya.
Ingat! setiap kesilapan memberi ruang dan peluang untuk anda membaikinya dan hasilnya kejayaan yang cemerlang menanti anda.

Selasa, 23 November 2010

ucapan first..

salam..sbenarnya,ak saje je wat blog nie,sj nk hilang tension..xtaw sebab ap..mybe tekanan exam kot..yela..lagi beberapa ari ak nk exam..final exam sem 1 tahun 2..
ak create blog ni just nk isi mase lapang je..nk kate baru blajar tu,betul jugk..org kg cm ak ni lambt skit sampai mklumat..hehe..gurau je..xde story ak nk citer,,citer panas ad la..haha..pans la sangt,exam makin dekt byk masalh ak dapat..mugkin stu ujian dr ak..ak terima dengn hati yg terbuka..redha dengan ketentuanNya..korang xyah pk pasl ap..hehe..yg penting hidup kena ceria..tabah hadapi segala ujian dariNya..isyaAllah kita sentiasa mendapt keredhaan dari Allah s.w.t..tajuk blog ni pun ak maen letak je..pengajaran mase lalu..mase lalu tu mase lepas la..omputih kate paste ten..hehe..pengajran ak mase lepas memang byk wat slp..pengajran mase lalu menjadi ak mengerti,ap itu kehidupan..umur 22 bru ak tahu,langit xslalunya cerah..kadang2 hujan,panas,ribut,dan macm2 lagi.hehe.....dan yg pasti,pesanan utama ak nk habaq mai,jaga lah hubungn silaturahim antara sesam kita,juga hubngan dngn Tuhan Pencipta makhluk..xlupa haiwan ciptaan Allah..jika kita menjaga perkara2 itu,selamt didunia dan juga selamt diakhirat..isyaAllah..pe pun,doakan ak semoga berjaya dlm hidup,,final exam da nk dekat,doa2 la ye.hehe.. =),satu je ak nk pesan,kite hidup biarlah berbakti,walau tidak dipuji..hidup kita hanya sekali,buat la amal kebajikan..seperti kata pepatah,"buatlah amal ibdat sepreti kamu mahu mati esok."..sekian,,wsslam,,=)