Selasa, 28 Disember 2010

Kedekut undang 7 keburukan

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.
Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”
Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.
Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.
Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.
Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.
Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.
Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.
Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:
  1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
  2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.
  3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.
  4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.
  5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.
  6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.
  7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

*dipetik dari http://feryco.com/

Jumaat, 17 Disember 2010

Jika belum siap,Cintai ia dalam diam...

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

*dipetik dari iluvislam.com

cinta..bukan sekadar berseronok..

BERKORBAN apa saja ungkapan sesuai bagi menggambarkan keadaan pasangan yang asyik dilamun cinta.

Mereka sanggup melakukan apa saja demi cinta sehingga maruah dan kehormatan diri tergadai. Terdapat juga yang asyik bercinta dengan ‘pak hitam’ dan ‘bapak dari seberang’ lalu lari meninggalkan keluarga dan menderita di negeri orang.

Akibat hubungan cinta terlarang juga terdapat pasangan kekasih yang tergamak membuang bayi tanpa nilai kemanusiaan dan kasih sayang. Justeru, Islam sangat mengambil berat persoalan ini kerana jika tidak diurus baik pasti akan mengundang perbuatan zina.

Untuk menentukan supaya percintaan berkenaan mencapai matlamat perkahwinan yang disyariatkan, beberapa nasihat berguna boleh dijadikan panduan pasangan yang asyik dilamun cinta. Cinta sejati dan hakiki hanya untuk Allah dengan taat melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.

Semua ini dilakukan demi memperhambakan diri kepada-Nya sambil mengharap beroleh kenikmatan menyaksikan zat-Nya Yang Mulia di syurga.

Begitu pula cinta kepada Rasul yang wajib didahulukan daripada cinta kepada makhluk sebagai syarat untuk mendapat syafaat al-kubra di akhirat kelak.

Perkara ini pernah ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu cinta kepada tiga perkara; Cinta kepada Nabi mereka, Cinta kepada ahli keluarga Nabi dan cinta kepada al-Quran”.

Segala perlakuan mesti dimulai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah, maka begitu pula apabila ingin bercinta dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang secocok dan berakhir ke jenjang pelamin.

Jika ditakdirkan terjadi perpisahan, perpisahannya juga kerana Allah supaya setiap pasangan pasrah akan takdir Ilahi bahawa tiada jodoh antara mereka dan menerima dengan hati terbuka.

Bercinta bukan tiket untuk menghalalkan apa saja. Oleh itu, setiap pasangan wajib menjaga batas pergaulan.

Elakkan bersikap memandang remeh terhadap perbuatan saling berpegangan tangan yang diharamkan kerana akan mengundang dosa lebih berat sedikit demi sedikit. 


Tujuan bercinta bukan sekadar untuk berseronok dan selama-lamanya. Ia hanya perintis jalan untuk berkenal-kenalan sebelum melangsungkan pernikahan yang disyariatkan.


*dipetik dari motivasi dan variasi

Ahad, 12 Disember 2010

SELAMAT BERCUTI....~~

Berakhirnya peperiksaan semester 3 minggu lalu,maka bermula cuti semester bagi rakan2 mahasiswa UM bermula 11 DISEMBER HINGGA 3 JANUARI 2011 nanti.Disini saya,mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua rakan mahasiswa dan mendoakan semoga melalui cuti yang kali ini akan memberikan motivasi kembali kepada rakan2 mahasiswa khususnya rakan2 seperjuangan SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (SMPI) sekiranya perjalanan semester ini agak kurang memberangsangkan.


Saya ingin mengajak rakan2 mahasiswa untuk merenung kembali,sejauh mana kita bersedia untuk memanfaatkan cuti kita pada kali ini? Jika kita masih gagal merancang apa-apa, ingatlah pepatah bahawa, " we plan to fail if we fail to plan! " Pepatah ini menerangkan seolah-olah akibat buruk akan menimpa seseorang yang tidak tahu menggunakan masanya. Isikanlah masa lapang dengan perkara yang bermanfaat untuk anda pada masa akan datang. Jangan disia-siakan cuti yang ada.Tambahkan amal ibadat,topup ilmu2 yang masih kabur..

Masa yang telah berlalu telah menjadi sejarah hidup, masa yang mendatang akan merencanakan hala tuju hidup kita.Sama ada kegembiraan atau tangisan yang akan menemui kita kelak, semuanya bergantung kepada bagaimana kita manfaatkan masa kita.

Di akhir kalam ,ingin dibawakan sabda Rasulullah SAW yang bertepatan dengan pengurusan masa ini iaitu ;

"Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari )

Ingat ! Masa adalah masa depan anda. MANFAATKAN MASA KITE..

Sabtu, 11 Disember 2010

Graduan 'ulat buku' tak ke mana


JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna masa depan cerah, kini semuanya berubah, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan.
Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri.

Ini memberi 'amaran' kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.

Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan.

Persoalannya, mengapa masih ada tidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lain jika menganggur melainkan diri sendiri? Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan.

Beliau berkata, universiti atau mahasiswa perlu bersiap sedia menghadapi fenomena perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan.


"Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaan kebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global.

"Justeru, tiba masanya universiti menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara.
"Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi," katanya.

Beliau berkata, sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakan matlamat pembangunan negara. "Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan. Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.

"Konteks pembelajaran hari ini juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran, pengajaran dan kemahiran modal insan," katanya.



Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).

Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.

Tiga kelemahan nyata mahasiswa di institusi pengajian tinggi ialah kemahiran komunikasi yang lemah, sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat serta pemikiran kurang kritikal.

Katanya, kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.

"Mahasiswa adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan. Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut menyumbang kekuatan modal insan atau bakat.

"Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya.

"Kelemahan sedia ada perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti, berdaya saing serta jati diri kukuh," katanya.

*dipetik dari berita harian metro..sabtu,11 disember 2010..

coretan suka suki..=)

Sementara menunggu utuk berlepas ke kota bharu..balik kampung..yeaa..hehe..flight pukul 2 petang,saya nak mencoret sikit..hehe..Pada pandangan saya sejak akhir-akhir ini,mutu penulisan blog saya sangat2 merudum,.macamlah bermutu sangat sebelum ini!..haha..
Saya sendiri buntu memlih topik sebab topik yang senantiasa berputaran di fikiran saya selalunya sangat2 sensitif.
Jika salah huraian mengguris hati pihak lain.Daripada merosakkan mood orang biar saya pendam dalam-dalam.
Masalahnya penulisan saya jadi hambar dan sepi..Tidak hidup…orang kata TAK LIVE laaaaa
Dunia blogging sangat luas..dan saya hanyalah zarah dalam bidang ini…zarah ya bukan barah..hehe..
Saya tidak pandai teknikal alam blogging..saya hanya end user…
Blog pun campur aduk…
Nak berbangga pun rasa segan silu..hehe
hm..Idea..datanglah idea…biar yang bernas bernas moga jadi manfaat…

Doakan saya semoga selamat smpai ke kampung halaman...=)

Jumaat, 10 Disember 2010

PEtunjUk Ilahi..

Subuh.Aku membuka mata,terpegun sendrian..kesunyian yang aneh menyelinap ke dalam jiwaku.Tenang,sunyi,dan aneh.Aku bangun mendirikan kewajipanku.Hatiku tenang selesai kewajipanku.Aku terpegun dalam kesunyian..
Aku mengambil laptop dan mula mengerakkan tangan kurnian Allah swt,berharap dapat meringankan beban akan datng.Seketikanya,ak kembali terpegun.Aneh.Terasa aneh sekali kehidupan ini.Terasa begitu cepat berlalu..sekarang da masuk tahun baru hijriah..1432h..Begitu cepatnya masa selama 22 tahun bgku.Dalam keheningan,ak terkagum sendirian,dengan kehebatan badanku.Badan ini telah menahan pahit getir duniawi selama 22 tahun,tanpa berkarat atau rosak seperti mesin-mesin buatan manusia.
Hebat,sungguh hebat badan yang telah membesar 22 tahun ini,tanpa perlu dibaik pulih atau dinaik taraf,seperti mesin2 ciptaan manusia.

Seketika,ketakutan melanda diriku.Sampai bilakah badan ini mampu bertahan menempuh cabaran dan malapetaka yang akan datang?Adakah hari ini?esok?ataupun 10 tahun lagi?Mengingatkan badan ini hanyalah sejadar pinjaman semata-mata,aku ketakutan melihat segala dosa-dosa yang telah kulakukan selama ini.Aku ketakutan sendirian.

Terperangkap dalam kesunyian,hatiku melonjak-lonjak untuk keluar dari perangkap ini.Aku melangkah ke dunia luar..




Melangkah ke dalam masyarakat,aku dikelilingi bunyi bising dan keriuhan masyarakat.Aku memandang sekeliling.Terasa diriku seperti berada di zaman batu,dikelilingi wanita yang tidak berpakaian dan bangunan-bangunan batu.Aku kembali kesunyian.
Aku memejamkan mataku,menenangkan diriku.Akhirnya keyakinan membara dalam hatiku.Aku yakin kerana aku sudah faham akan kurniaan jasadku ini.Aku yakin kerana aku sudah faham tujuan hidupku ini.Aku yakin kerana aku berada di laluan yang betul.Dan aku yakin,suatu hari,dunia ini akan berubah sebanyak 360 darjah.
Kerana Dia adalah Maha Petunjuk..

Khamis, 9 Disember 2010

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu..

Rabu, 8 Disember 2010

Memberi dan terus memberi..

Sabda Rasulullah s.a.w

“Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan dan mengangkat darjat ketinggian?”

Mereka menjawab,

“Bahkan ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu,

memaafkan orang yang menzalimi kamu,

memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu,

dan kamu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu.”

Hadits Riwayat at-Tabarani dan al-Bazzar


Hakikatnya, memang susah untuk kita memberi, apalagi untuk sentiasa beralah dalam perkara-perkara yang menggugat kesabaran individu, tapi kalaulah senang je, mana nak rasa nikmat overcome yang susah tu, kan? ^_^

” Apabila terlintas di hatimu tentang urusan akhirat, segeralah laksanakannya bersungguh-sungguh sebelum setan berpeluang menghalangmu dari melakukannya,”


biCAra CiNta??

Salam semua,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat alhamdulillah....ak alhamdulillah...hari ni,ak ada masa terluang nak bercerita sikit kat blog ni. Isu hari ni..nak share pendapat pasal kisah percintaan yang sempurna, tapi setakat mana kesempurnaan tu.. tak tahu lah nak disukat dengan apa, atau nak diperbandingkan dengan apa?...percintaan sangat manis dan indah..macam dalam citer filem, drama, dan kisah-kisah cinta yang sentiasa nampak bahagia..bahagia kah sebenarnya dalam cinta ni..? macam-macam sebenarnya nak dikaitkan dengan kebahagiaan dalam cinta...cinta dunia dan akhirat? tu lah yang nak dikupaskan kali ni....bila bercinta dan berniat untuk ke level yang seterusnya..banyak perkara yang perlu dipertimbangkan...keserasian, kefahaman dalam hubungan dan cara berinteraksi yang baik...ni ak  nak story antara kisah yang ak pernah dengar dan cuba untuk fahamkan..ada pasangan yang bercinta, tapi kepahitan hanya ditanggung sebelah pihak yang banyak bersabar dengan pasangannya hanya kerana cinta...haishhh susah kita nak paham...tapi sebenarnya itulah cinta, demi cinta seseorang sanggup makan hati, kenapa? apa yang berlaku memang dah pun tertulis, hanya tak tahu kesudahan...sama ada manis atau pahit dalam mengharung dunia percintaan...kita sendiri dan Allah je yang tahu..cinta memang banyak perlukan pengorbanan...baru la wujudnya kemanisan, tapi berkorban pun biarla berpada, jangan sampai biarkan harga diri kita ditijak-tijak...jangan sampai kita ketepikan Allah dan insan yang penting dalam hidup kita....bila kita dah ada insan yang kita sayang, untuk memahami bukan sesuatu yang mudah...dalam masa berkenalan atau cuba untuk mengenali pasangan banyak dugaan dan cubaan yang kita kena harung untuk sampai tahap yang kita betul2 kenal pasangan kita...semakin kita nak ke arah alam perkahwinan, lagi banyak perkara2 remeh yang kita nak tahu...dan masa tu juga, akan ada juga berbagai persoalan yang kita nak kan jawapan...memang perlu ada kesabaran yang sangat tinggi untuk mengelak hubungan putus di tengah jalan....sebenarnya, kita memang takkan dapat insan yang sempurna dalam hidup kita, tapi yang sempurna itu adalah cara kita mewarnakan hubungan, cara kita berbincang dan saling sokong antara satu sama lain...kita takkan dapat sepenuhnya ciri2 yang kita nak..mungkin ada yang kita tak suka, tapi itu tak bermakna dia bukan tak bagus untuk kita...pasangan kena pandai menyesuaikan diri antara satu sama lain..
Dan paling utama yang sempurna itu hanya Allah S.W.T...Manusia MEMANG TIADA YANG SEMPURNA...setiap kita ada kelebihan dan kekurangan...sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat ke 13:

Ø¥ِÙ†َّ Ø£َÙƒْرَÙ…َÙƒُÙ…ْ عِندَ اللَّÙ‡ِ Ø£َتْÙ‚َاكُÙ…ْ 

maksudnya : sesungguhnya,yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Jadi carilah pasangan yang betul2 boleh ketawa dan menangis bersama..dan sentiasa menerima kita seadanya......

Mangkuk yang cantik,madu dan sehelai rambut..

Assalamualaikum..

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Sahabat..Tegurlah Kesilapanku..

Sahabat ...
andai engkau lihat kesalahan n kesilapan ku
tegurlah aku... kerana aku..
adalah hamba biasa yang sentiasa lakukan dosa..

tatkala apa yang aku lakukan..
aku anggap ia betul..
padahal di matamu n di sisi syarak
adalah salah..

tegurlah aku... 
beritahulah kesilapanku..
agarku tahu silapku
serta memperbetulkan kesilapanku ini..

kerana sahabat yang baik sentiasa
menegur sahabatnye.. walaupun pahit
lebih sanggup die dibenci oleh sahabat sendiri
dari lihat sahabat sendiri melakukan dosa..

Moga persahabatan ini berkekalan..
serta dirahmati Allah..

Moga persahabatan ini..
tidak terhenti di dunia sahaja
malah kekal "Bersahabat sampai ke Syurga"

Sabtu, 4 Disember 2010

betul ke ucapan salam kite?

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot('HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT')"


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"


Kalau setakat nak kata maksud tu sume leh cakap.. korang confirm ke dengan maklumat tu..? kalau setakat forward je email atau jumpe kat internet lepas tu paste pastu claim yg benda tu betul x ke bahaya?


Kita ni orang Islam selalu kena tipu dengan benda remeh2 ni... sebabnya x kembali kepada Islam.. Islam suruh kita bila dapat berita tu selidik kebenarannya ... bukan percaya bulat2..

Cuba tanye sender ni... dia tau ke benda ni betul? ke sekadar copy then paste..

Marilah kita jadi umat Islam yang bijak.

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam
warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"

Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..

Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa,
walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan

"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan

Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan

perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah

kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform

A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk

orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud

'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang

bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan

dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,

KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN..

renungan bersama..