Rabu, 23 Februari 2011

AYAT MAKKI DAN MADANI (اية مكي دان مداني)

         Apabila diteliti dan dikaji ayat-ayat yang diturunkan dan ayat-ayat Quran ia mengandungi kreateria tertentu yang mana ia kadang kala disesuaikan dengan metod dakwah yang dibawa. Justeru itu, ayat al-Quran yang diturnkan itu terlibat dengan Makki dan Maddani. Namun begitu,terdapat juga dalam ayat-ayat tertentu yang bercampur di antara Makki dengan Maddani atau ayat yang diturunkan diluar daripada Mekah dan Madinah.
Pengetahuan dan kajian tentang ayat Makki dan Madani itu amat penting untuk mengesan metod dakwah serta peringkat dakwah Rasullullah, sama ada untuk masyarakat Arab Mekah atau Madinah atau masyarakat setempat atau orang kafir Musyrik atau Ahli Kitab dan Mukmin seluruhnya. Konteks lain juga, penelitian tentang Makki dan Madani dapat memberi pengetahuan kepada kita bahawa dakwah yang disampaikan oleh Rasullulah melalui peneurunan ayat al-Quran adalah begitu teliti. Kajian itu meliputi mengenai tempat turunnya ayat dan waktunya.

PENGERTIAN  MAKKI  DAN  MADANI:

Secara umumnya, Makki dan Madani ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekkah dan di Madinah serta sekitarnya. Secara lebih khusus, ulama’ berbeza pendapat dalam membuat penentuan dan pengertian antara ayat-ayat Makki dengan Madini. Oleh itu ulama’ telah membahagikannya kepada tiga bahagian :
1. Pembahagian dari sudut masa.
2. Pembahagian dari sudut tempat.
3. Pembahagian dari sudut tumpuan penurunan.
Kreteria ayat-ayat Makkah dan Madani adalah berbeza, sama ada dari sudut gaya bahasanya, irama juga maknanya. Contohnya, ayat yang diturunkan di Mekkah sewaktu masyarakat Arab Jahiliyyyah masih bergelumang dengan amalan penyembahan berhala serta untuk pembentukkan akidah mereka. Untuk itu, ayat yang diturunkan di Mekah dengan gaya bahasa yang tegas dan keras untuk membantah kepercayaan mereka terhadap berhala. Seterusnya al-Quran menarik mereka kepada tauhid dan megEsakan Allah dengan membawa ancaman neraka serta peringatan terhadap segala pendustaan. Antara lain juga, kerana masyarakat Arab Mekah waktu itu memiliki kefasihan dan bahasa Arab yang tinggi.Seperti untuk menurunkan untuk mencela dan membantah masyarakat Arab Jahiliyah yang mengingkari kehidupan sesudah mati dan hari Akhirat.
Apabila diteliti ayat Madani pula ia membawa kreteria lain, contohnya ayat Madani diturunkan umumnya dalam bentuk yang panjang, membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam, seruan berjihad, bentuk dialog dengan Ahli Kitab, keadaan orang Munafik, pembentukan masyarakat, hubungan antara individu dan masyarakat seluruhnya. Hal tersebut kerana, pada masa itu masyarakat ummat Islam telah terbentuk dalam bentuk Jama’ah, sudah beriman dengan segala rukun Iman serta akidah mereka telah pun teruji di dalam menentang golongan Musyrik, sanggup berkorban apa saja demi Agama Allah dan berhijrah.

CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MAKKI:
1) BERSIFAT QATIE:
i. Setiap surah yang terdapat dalam ayat Sajdahmerupakan surah Makki. Ulama’ sepakat menetapkan sebanyak 16 tempat ayat Sajdah di dalam Quran.
ii. Setiap surah dalam al-Quran yang menceritakan tentang kisah atau sejarah para nabi dan rasul terdahulu serta kisah umat terdahulu adalah Makki, kecuali Surah al-Baqarah sahaja.
iii. Setiap surah yang terdapat di dalamnya lafaz Kalla adalah Makki. Di dalam al-Quran, lafaz itu disebut sebanyak 33 kali di dalam 15 surah, di mana surah-surah itu terletak di dalam bahagian separuh terakhir daripada al-Quran.

CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MADANI:
1. BERSIFAT QATI’
Antaranya ialah :
i. Ayat yang menerangkan keizinan berperang, berjihad serta peraturan perang dan berkaitan dengan hukum jihad adalah Madani.
ii. Menceritakan tentang dialog dengan Ahli Kitab juga mengajak mereka memeluk dan menerima Islam adalah Madani.
iii. Surah dan ayat yang menghentam dan menyatakan tentang orang munafik adalah Madani, kecuali surah al-Ankabut. Dimana ulama’ telah sepakat mengatakan Surah al-Ankabut adalah Surah Makki, melainkan 11 ayat pertama surah tersebut sahaja Madani, iaitu ia membicarakan tentang munafik.

FAEDAH  MEMPELAJARI  MAKKI  DAN  MADANI:
Mempelajari dan mengetahui ilmu mengenai Makki dan Madani dapat memberi faedah yang besar,antaranya :
1. Dapat mengetahui dan membezakan antara ayat nasikh dan mansukh.
2. Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam serta perkembangan al-Quran itu sendiri.
3. Dapat menambah keyakinan serta mengukuh pegangan kita tentang keaslian aal-Quran dan kesuciannya.
4.Untuk mengetahui dan menghargai bertapa gigih dan tekunnya ulama’ dan mujtahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok tambah.
5. Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.