Khamis, 25 November 2010

Iktibar dari kisah Ayahanda

Saya teringat kisah nabi kita yang pertama.seorang bapa kepada sekalian manusia.Satu-satunya hamba bergelar manusia yang dicipta oleh oleh ALLAH melalui kun fayakun(terjadi dengan sendiri mengikut kehendak ALLAH).Insan pertama yang telah merasakan nikmatnya syurga ALLAH.

Tatkala nabi Adam diciptakan ALLAH menyuruh semua malaikat sujud kepadanya.Maka sujudlah sekalian malaikat kepada nabi Adam kecuali syaitan kerana berasa bangga dengan dirinya."Mengapa aku harus sujud.Dia diciptakan dari tanah sementara aku dicipta dari api.aku lebih baik darinya".Jawab si iblis dengan angkuh serta bangga dengan dirinya.

Bermulalah zaman kecelakaan si iblis tatkala ALLAH murka terhadapnya.Si iblis tahu dirinya tidak akan mendapat syurga ALLAH.Bertambah lagilah dendam kasumat didalam dirinya.Iblis berikrar"akan aku sesatkan nabi Adam dan keturunannya walau dengan apa cara sekalipun".

Saat pertama kali nabi Adab diciptakan ALLAH menempatkan beliau di syurga nan indah.Satu-satunya tempat yang paling indah tiada tolak bandingnya dengan tempat lain di dunia ini.Syurga adalah tempat yang diciptakan oleh ALLAH buat hambanya yang taat terhadap setiap titah perintahnya serta meninggalkan semua larangannya.Begitu penyayang serta pemurahnya ALLAH terhadap hambanya.

Iblis memulakan perbuatan terkutuknya untuk menyesatkan nabi Adam.Si Iblis durjana tahu ALLAH telah berfirman kepada nabi Adam "makanlah apa sahaja yang kamu mahu di syurga,Akan tetapi janganlah kamu mendekati buah khuldi".Nabi Adam tunduk dan akur kepada perintah ALLAH dan tidak mendekati buah tersebut.Bertambah geramlah si iblis melihat nabi Adam berada di syurga menikmati keindahan syurga.

Iblis memulakan operasinya untuk menghasut nabi Adam.Dia berusaha sedaya upaya tanpa mengira penat lelah.Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berputus-asa.Dia tahu jika dia gagal menyesatkan nabi Adam bermakna dia telah kalah.Dia mahu buktikan yang dia mampu menyesatkan nabi Adam.Dia tahu ALLAH telah murka terhadapnya.Tapi dia tidak mahu ke neraka bersama kaumnya sahaja.Dia mahu keturunan nabi Adam turut merasa bahang kepanasan api neraka.Kalau boleh nabi Adam dan semua keturunannya mahu mereka heret ke neraka jahanam bersama mereka.Seperti apa yang telah dijanjikan mereka"akan aku sesatkan seluruh keturunan nabi Adam".

Nabi Adam mula merasa bosan hidup keseorangan di syurga.Dia meminta ALLAH menciptakan seseorang untuk menemaninya.Maka dengan kuasa ALLAH diciptalah Hawa dari tulang rusuk nabi Adam.Hawa adalah wanita pertama yang diciptakan ALLAH menjadi pendamping setia nabi Adam.Adam dan Hawa menjadi pasangan setia disyurga.Hidup bersama penuh gembira.

Setelah berkali-kali cubaan menghasut nabi Adam gagal, iblis mula menghasut Hawa.Bagi mereka Hawa hanyalah insan yang lemah serta lebih mudah termakan
pujuk rayu mereka.Hasutan dan godaan terus dilakukan oleh iblis.Hawa terpengaruh dengan godaan syaitan serta seterusnya mempengaruhi nabi Adam untuk makan buah terlarang.Maka akhirnya mereka berdua diperdaya hasutan syaitan.Buah terlarang dimakan dan larangan ALLAH tidak dipatuhi mereka.

Maka murkalah ALLAH dan mereka berdua diturunkan di bumi.Satu penyesalan yang lahir dihati mereka.Namun malangnya nasi sudah menjadi bubur.Kejadian yang telah berlalu tidak dapat diubah.Yang mampu mereka lakukan ialah sentiasa bertaubat kepada ALLAH.Bertaubat untuk mengharap keredhaan ALLAH serta meletakkan tekad untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.Dia sedar kesalahan yang dilakukan agak besar.Satu peristiwa yang menjadi sejarah hitam dalam kehidupannya.


Dari kisah diatas apa yang dapat kita lihat nabi Adam telah melakukan kesilapan terbesar di syurga.Namun kita harus sedar dari perkara tersebut terdapat pro dan kontranya yang tersendiri.Apa yang lebih penting dari kisah tersebut menunjukkan kepada kita didunia ini nobody perfect.Setiap orang ada melakukan kesilapan hatta para nabi yang dijanjikan syurga oleh ALLAH juga turut melakukan kesilapan dan kesalahan.Tidak berdosa jika kita melakukan kesilapan tetapi kita sangat berdosa jika tidak mengambil iktibar dari kesilapan tersebut.

Kebanyakan orang yang berjaya didunia ini tidak mengecapi satu kejayaan dengan mudah.Kebanyakan mereka pernah melakukan kesilapan dan melalui kesilapan itulah mereka belajar untuk memperbaiki setiap kelemahan.Mereka menganggap kesilapan itu adalah guru mereka yang akan menjadi pembimbing mereka kearah kejayaan.

Jika anda seorang pelajar yang pernah mengalami kegagalan didalam peperiksaan, jadikan kegagalan sebagai titik tolak dalam mencari kegagalan.Anda perlu tahu apakah punca kegagalan anda.Adakah kerana kurang usaha ataupun adakah teknik belajar anda salah.Anda perlu tahu untuk belajar dalam pelajaran usaha yang gigih serta teknik yang smart adalah perlu.If you want to be the best, you must work HARD and SMART.

Akhir kata belajarlah dari kesilapan semoga ia akan memandu kita kearah kejayaan dunia akhirat.....


Dipetik dari

http://bromuslim.blogspot.com/2010/02/belajar-dari-kesilapan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan