Rabu, 16 November 2011

kEhiDUpan...

Bila manusia hidup berpuluh-puluh tahun dengan pengisian kehidupan tiba-tiba datang satu ketika dia merasa kekosongan tanpa memori indah dlam kehidupannya .Memori itu sendiri mesti diisi dengan keindahan kehidupan dan dikongsi dengan orang2 terdekat ,ia dilihat dari sudut keredhaan dan kepuasan melalui kehidupan itu sendiri..

Jumaat, 1 Julai 2011


Bersih 2.0 ni apa sebenarnya? Kempen pembersihan ke? Bersih 2.0 bukan sebarang kempen ya korang. Perhimpunan Bersih 2.0 adalah lebih tepat kot nak bagi korang mudah sikit faham.hehehe
Tapi, saya pun baru jugaklah tahu pasal Perhimpunan Bersih 2.0 ni. Itupun, lepas sibuk baca update kawan-kawan dekat Facebook. Apa yang havoc sangat ni ek? Entahlah. Mungkin sebab saya bukan aktivis politik kot. Itu yang blur-blur sikit bab ni.
Cuma, sebagai rakyat Malaysia. Saya rasa, saya perlu jugaklah ambil tahu pasal perhimpunan Bersih 2.0 ni. Ok, apa sebenarnya Bersih 2.0 ni dan tujuannya untuk apa?

Dengan berhimpun secara aman pada 9 Julai ini, warga Malaysia dari pelbagai latar belakang etnik, agama, dan politik akan meIaksanakan hak perlembagaan mereka secara demokratik dan aman supaya suara mereka didengari .
Perhimpunan Bersih akan diadakan pada pada 9 Julai 2011.Akan bermula dibeberapa tempat di Kuala Lumpur pada hari yang ditetapkan.
Tujuan perhimpunan ini diadakan bagi membantah beberapa perkara berkenaan dengan pilihanraya.Berikut adalah senarai yang akan dituntut oleh NGO dan juga parti parti pembangkang.
1. Membersihkan senarai undi
2. Merefomasikan undi pos
3. Mengunakan dakwat kekal (kepada yang telah membuang undi)
4. Akses media yang adil
5. Masa kempen manima 21 hari.
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Apabila dikaji satu persatu tuntutan diatas aku rasa ianya releven kerana ini adalah isu yang selalu kita dengar setiap kali pilihanraya.
Pendapat aku kerajaan perlu telus dalam isu- isu tersebut bagi membuktikan kerajaan benar-benar perihatin kepada setiap pandangan rakyat.
Sejak beberapa minggu lepas arahan kerajaan dan pihak polis supaya rakyat tidak menyokong perhimpunan tersebut.Dikatakan perhimpunan ini juga dibantah oleh pemandu teksi dan para peniaga disekitar tempat yang akan dianjurkan.
Benarkah perhimpunan ini akan mencetuskan huru-hara?
Sama samalah kita tunggu pada hari yang akan diadakan.
Ok, sekarang saya tahu sikitlah pasal perhimpunan Bersih 2.0 ni. Kiranya, pada 9 Julai 2011 nanti. Semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama akan berkumpul dan bersuara tentang hak-hak mereka. Tolong betulkan kalau saya salah. Please.
Hmm, mungkin tujuan perhimpunan Bersih 2.0 ni bagus. Penting untuk rakyat Malaysia. Saya doakan semuanya berjalan lancar. Cuma, 1 je lah harapan saya. Bak kata segelintir tokoh2,kita tidak mahu hilang hak istimewa saya sebagai orang MELAYU di Malaysia ini. huhuhuhu

Rabu, 23 Februari 2011

AYAT MAKKI DAN MADANI (اية مكي دان مداني)

         Apabila diteliti dan dikaji ayat-ayat yang diturunkan dan ayat-ayat Quran ia mengandungi kreateria tertentu yang mana ia kadang kala disesuaikan dengan metod dakwah yang dibawa. Justeru itu, ayat al-Quran yang diturnkan itu terlibat dengan Makki dan Maddani. Namun begitu,terdapat juga dalam ayat-ayat tertentu yang bercampur di antara Makki dengan Maddani atau ayat yang diturunkan diluar daripada Mekah dan Madinah.
Pengetahuan dan kajian tentang ayat Makki dan Madani itu amat penting untuk mengesan metod dakwah serta peringkat dakwah Rasullullah, sama ada untuk masyarakat Arab Mekah atau Madinah atau masyarakat setempat atau orang kafir Musyrik atau Ahli Kitab dan Mukmin seluruhnya. Konteks lain juga, penelitian tentang Makki dan Madani dapat memberi pengetahuan kepada kita bahawa dakwah yang disampaikan oleh Rasullulah melalui peneurunan ayat al-Quran adalah begitu teliti. Kajian itu meliputi mengenai tempat turunnya ayat dan waktunya.

PENGERTIAN  MAKKI  DAN  MADANI:

Secara umumnya, Makki dan Madani ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekkah dan di Madinah serta sekitarnya. Secara lebih khusus, ulama’ berbeza pendapat dalam membuat penentuan dan pengertian antara ayat-ayat Makki dengan Madini. Oleh itu ulama’ telah membahagikannya kepada tiga bahagian :
1. Pembahagian dari sudut masa.
2. Pembahagian dari sudut tempat.
3. Pembahagian dari sudut tumpuan penurunan.
Kreteria ayat-ayat Makkah dan Madani adalah berbeza, sama ada dari sudut gaya bahasanya, irama juga maknanya. Contohnya, ayat yang diturunkan di Mekkah sewaktu masyarakat Arab Jahiliyyyah masih bergelumang dengan amalan penyembahan berhala serta untuk pembentukkan akidah mereka. Untuk itu, ayat yang diturunkan di Mekah dengan gaya bahasa yang tegas dan keras untuk membantah kepercayaan mereka terhadap berhala. Seterusnya al-Quran menarik mereka kepada tauhid dan megEsakan Allah dengan membawa ancaman neraka serta peringatan terhadap segala pendustaan. Antara lain juga, kerana masyarakat Arab Mekah waktu itu memiliki kefasihan dan bahasa Arab yang tinggi.Seperti untuk menurunkan untuk mencela dan membantah masyarakat Arab Jahiliyah yang mengingkari kehidupan sesudah mati dan hari Akhirat.
Apabila diteliti ayat Madani pula ia membawa kreteria lain, contohnya ayat Madani diturunkan umumnya dalam bentuk yang panjang, membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam, seruan berjihad, bentuk dialog dengan Ahli Kitab, keadaan orang Munafik, pembentukan masyarakat, hubungan antara individu dan masyarakat seluruhnya. Hal tersebut kerana, pada masa itu masyarakat ummat Islam telah terbentuk dalam bentuk Jama’ah, sudah beriman dengan segala rukun Iman serta akidah mereka telah pun teruji di dalam menentang golongan Musyrik, sanggup berkorban apa saja demi Agama Allah dan berhijrah.

CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MAKKI:
1) BERSIFAT QATIE:
i. Setiap surah yang terdapat dalam ayat Sajdahmerupakan surah Makki. Ulama’ sepakat menetapkan sebanyak 16 tempat ayat Sajdah di dalam Quran.
ii. Setiap surah dalam al-Quran yang menceritakan tentang kisah atau sejarah para nabi dan rasul terdahulu serta kisah umat terdahulu adalah Makki, kecuali Surah al-Baqarah sahaja.
iii. Setiap surah yang terdapat di dalamnya lafaz Kalla adalah Makki. Di dalam al-Quran, lafaz itu disebut sebanyak 33 kali di dalam 15 surah, di mana surah-surah itu terletak di dalam bahagian separuh terakhir daripada al-Quran.

CIRI-CIRI KHUSUS AYAT MADANI:
1. BERSIFAT QATI’
Antaranya ialah :
i. Ayat yang menerangkan keizinan berperang, berjihad serta peraturan perang dan berkaitan dengan hukum jihad adalah Madani.
ii. Menceritakan tentang dialog dengan Ahli Kitab juga mengajak mereka memeluk dan menerima Islam adalah Madani.
iii. Surah dan ayat yang menghentam dan menyatakan tentang orang munafik adalah Madani, kecuali surah al-Ankabut. Dimana ulama’ telah sepakat mengatakan Surah al-Ankabut adalah Surah Makki, melainkan 11 ayat pertama surah tersebut sahaja Madani, iaitu ia membicarakan tentang munafik.

FAEDAH  MEMPELAJARI  MAKKI  DAN  MADANI:
Mempelajari dan mengetahui ilmu mengenai Makki dan Madani dapat memberi faedah yang besar,antaranya :
1. Dapat mengetahui dan membezakan antara ayat nasikh dan mansukh.
2. Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam serta perkembangan al-Quran itu sendiri.
3. Dapat menambah keyakinan serta mengukuh pegangan kita tentang keaslian aal-Quran dan kesuciannya.
4.Untuk mengetahui dan menghargai bertapa gigih dan tekunnya ulama’ dan mujtahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok tambah.
5. Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.

Jumaat, 14 Januari 2011

Kaya dan miskin dalam Islam...


SELALUNYA, orang suka menulis mengenai kemiskinan dan cara Islam menanganinya. Ini kerana, kemiskinan seringkali disinonimkan sebagai virus yang merosakkan masyarakat.

Memang benar, kemiskinan yang terbiar akan membiak menjadi barah tahap empat. Ia mampu merosakkan negara. Kerana itulah ia perlu dikawal.

Namun, penulisan kita kali ini cuba merungkai persoalan di sisi lain. Ia mengenai mereka yang kaya. Jarang orang menyebut kaya itu penyakit. Apatah lagi mengumpamakannya seperti sel kanser yang kelak memusnahkan seseorang dan sesebuah masyarakat.

Walhal, dalam al-Quran, Allah SWT menyebut jelas, si kaya yang kedekut itu adalah suatu ejen perosak.
Perhatikan firman Allah SWT dalam paparan berikut: Qarun berkata:

 "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? (al-Qasas: 78)

Qarun mendabik dada, enggan berkongsi harta dengan kaum Musa. Bukan sekadar itu, dia mencabar Allah SWT bila menafikan harta itu adalah amanah Allah SWT kepadanya.

Akhirnya, Allah membenam Qarun dan segala hartanya ke dalam bumi. Ia adalah suatu pembalasan, bahawa harta jika gagal ditunaikan haknya dengan amanah, akan membawa kebinasaan kepada diri sendiri bahkan masyarakat.
Allah SWT menambah: 

Maka Kami benamkanlah karun bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah dia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). (al-Qasas: 81)

Inilah kebinasaan akibat kedekut. Walhal, awal-awal lagi Allah SWT sudah mengingatkan bahawa: 

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qasas: 77)

Dewasa ini, mungkin kita pernah terdengar, masih ada suara-suara sumbang manusia yang memperlekehkan sesetengah yang lain.

Misalnya, si pulan itu pemalas, si pulan itu bodoh, si pulan itu degil dan sebagainya, maka sebab itulah dia miskin dan papa kedana. Ungkapan ini selalunya diucapkan demi menjustifikasikan satu tindakan negatif sesetengah pihak yang kedekut. Kedekut untuk berkongsi.

Hakikatnya, kedekut itulah yang membutakan mata hati si Qarun.
Maka, hari ini sifat kikir itu jugalah yang mengikis sifat ihsan diri insan dan sifat bakhil itu jugalah yang mengunci mati pintu kebajikan.

Golongan ini, melihat orang yang daif dengan pandangan naif. Pandangan yang diselubungi elemen buruk sangka dan memualkan. 
Lalu, kesannya hanya satu - biarkan mereka tanpa dibela. Mereka tidak layak disantuni. Mereka adalah manusia jelik yang sengaja mencari alasan demi mencuri belas ihsan orang.

Soalnya, betulkah persepsi ini? Benarkah manusia yang melarat itu reda dengan kemelaratan yang menguasai diri mereka? Adakah mereka suka hidup dikelilingi kepayahan, tinggal di rumah buruk, sempit dan sesak, dikelilingi pula timbunan sampah-sarap dengan aroma memualkan.

Rezeki yang dikais pagi habis, dikais petang tidak pula cukup untuk esoknya.
Benarkah juga bahawa kemiskinan dan kepapaan itu menjadi alat buat mereka untuk menggamit secebis simpati manusia, meraih belas dan memaksa nurani orang lain agar memberi? Benarkah bahawa mereka selesa hidup dengan kondisi serba menjerat itu, reda untuk tidak mampu merasa makanan yang enak, tidur di katil yang empuk dan dibalut dingin penyaman udara?

Tega benarkah mereka?

*dipetik dr utusan malaysia 14.1.2010

Selasa, 28 Disember 2010

Kedekut undang 7 keburukan

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.
Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”
Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.
Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.
Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.
Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.
Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.
Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.
Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:
  1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
  2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.
  3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.
  4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.
  5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.
  6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.
  7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

*dipetik dari http://feryco.com/

Jumaat, 17 Disember 2010

Jika belum siap,Cintai ia dalam diam...

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

*dipetik dari iluvislam.com

cinta..bukan sekadar berseronok..

BERKORBAN apa saja ungkapan sesuai bagi menggambarkan keadaan pasangan yang asyik dilamun cinta.

Mereka sanggup melakukan apa saja demi cinta sehingga maruah dan kehormatan diri tergadai. Terdapat juga yang asyik bercinta dengan ‘pak hitam’ dan ‘bapak dari seberang’ lalu lari meninggalkan keluarga dan menderita di negeri orang.

Akibat hubungan cinta terlarang juga terdapat pasangan kekasih yang tergamak membuang bayi tanpa nilai kemanusiaan dan kasih sayang. Justeru, Islam sangat mengambil berat persoalan ini kerana jika tidak diurus baik pasti akan mengundang perbuatan zina.

Untuk menentukan supaya percintaan berkenaan mencapai matlamat perkahwinan yang disyariatkan, beberapa nasihat berguna boleh dijadikan panduan pasangan yang asyik dilamun cinta. Cinta sejati dan hakiki hanya untuk Allah dengan taat melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.

Semua ini dilakukan demi memperhambakan diri kepada-Nya sambil mengharap beroleh kenikmatan menyaksikan zat-Nya Yang Mulia di syurga.

Begitu pula cinta kepada Rasul yang wajib didahulukan daripada cinta kepada makhluk sebagai syarat untuk mendapat syafaat al-kubra di akhirat kelak.

Perkara ini pernah ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu cinta kepada tiga perkara; Cinta kepada Nabi mereka, Cinta kepada ahli keluarga Nabi dan cinta kepada al-Quran”.

Segala perlakuan mesti dimulai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah, maka begitu pula apabila ingin bercinta dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang secocok dan berakhir ke jenjang pelamin.

Jika ditakdirkan terjadi perpisahan, perpisahannya juga kerana Allah supaya setiap pasangan pasrah akan takdir Ilahi bahawa tiada jodoh antara mereka dan menerima dengan hati terbuka.

Bercinta bukan tiket untuk menghalalkan apa saja. Oleh itu, setiap pasangan wajib menjaga batas pergaulan.

Elakkan bersikap memandang remeh terhadap perbuatan saling berpegangan tangan yang diharamkan kerana akan mengundang dosa lebih berat sedikit demi sedikit. 


Tujuan bercinta bukan sekadar untuk berseronok dan selama-lamanya. Ia hanya perintis jalan untuk berkenal-kenalan sebelum melangsungkan pernikahan yang disyariatkan.


*dipetik dari motivasi dan variasi

Ahad, 12 Disember 2010

SELAMAT BERCUTI....~~

Berakhirnya peperiksaan semester 3 minggu lalu,maka bermula cuti semester bagi rakan2 mahasiswa UM bermula 11 DISEMBER HINGGA 3 JANUARI 2011 nanti.Disini saya,mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua rakan mahasiswa dan mendoakan semoga melalui cuti yang kali ini akan memberikan motivasi kembali kepada rakan2 mahasiswa khususnya rakan2 seperjuangan SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (SMPI) sekiranya perjalanan semester ini agak kurang memberangsangkan.


Saya ingin mengajak rakan2 mahasiswa untuk merenung kembali,sejauh mana kita bersedia untuk memanfaatkan cuti kita pada kali ini? Jika kita masih gagal merancang apa-apa, ingatlah pepatah bahawa, " we plan to fail if we fail to plan! " Pepatah ini menerangkan seolah-olah akibat buruk akan menimpa seseorang yang tidak tahu menggunakan masanya. Isikanlah masa lapang dengan perkara yang bermanfaat untuk anda pada masa akan datang. Jangan disia-siakan cuti yang ada.Tambahkan amal ibadat,topup ilmu2 yang masih kabur..

Masa yang telah berlalu telah menjadi sejarah hidup, masa yang mendatang akan merencanakan hala tuju hidup kita.Sama ada kegembiraan atau tangisan yang akan menemui kita kelak, semuanya bergantung kepada bagaimana kita manfaatkan masa kita.

Di akhir kalam ,ingin dibawakan sabda Rasulullah SAW yang bertepatan dengan pengurusan masa ini iaitu ;

"Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari )

Ingat ! Masa adalah masa depan anda. MANFAATKAN MASA KITE..