Jumaat, 10 Disember 2010

PEtunjUk Ilahi..

Subuh.Aku membuka mata,terpegun sendrian..kesunyian yang aneh menyelinap ke dalam jiwaku.Tenang,sunyi,dan aneh.Aku bangun mendirikan kewajipanku.Hatiku tenang selesai kewajipanku.Aku terpegun dalam kesunyian..
Aku mengambil laptop dan mula mengerakkan tangan kurnian Allah swt,berharap dapat meringankan beban akan datng.Seketikanya,ak kembali terpegun.Aneh.Terasa aneh sekali kehidupan ini.Terasa begitu cepat berlalu..sekarang da masuk tahun baru hijriah..1432h..Begitu cepatnya masa selama 22 tahun bgku.Dalam keheningan,ak terkagum sendirian,dengan kehebatan badanku.Badan ini telah menahan pahit getir duniawi selama 22 tahun,tanpa berkarat atau rosak seperti mesin-mesin buatan manusia.
Hebat,sungguh hebat badan yang telah membesar 22 tahun ini,tanpa perlu dibaik pulih atau dinaik taraf,seperti mesin2 ciptaan manusia.

Seketika,ketakutan melanda diriku.Sampai bilakah badan ini mampu bertahan menempuh cabaran dan malapetaka yang akan datang?Adakah hari ini?esok?ataupun 10 tahun lagi?Mengingatkan badan ini hanyalah sejadar pinjaman semata-mata,aku ketakutan melihat segala dosa-dosa yang telah kulakukan selama ini.Aku ketakutan sendirian.

Terperangkap dalam kesunyian,hatiku melonjak-lonjak untuk keluar dari perangkap ini.Aku melangkah ke dunia luar..




Melangkah ke dalam masyarakat,aku dikelilingi bunyi bising dan keriuhan masyarakat.Aku memandang sekeliling.Terasa diriku seperti berada di zaman batu,dikelilingi wanita yang tidak berpakaian dan bangunan-bangunan batu.Aku kembali kesunyian.
Aku memejamkan mataku,menenangkan diriku.Akhirnya keyakinan membara dalam hatiku.Aku yakin kerana aku sudah faham akan kurniaan jasadku ini.Aku yakin kerana aku sudah faham tujuan hidupku ini.Aku yakin kerana aku berada di laluan yang betul.Dan aku yakin,suatu hari,dunia ini akan berubah sebanyak 360 darjah.
Kerana Dia adalah Maha Petunjuk..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan